Saturday, September 16, 2017

Hotel VS Homestay

Homestay VS Hotel

Kenapa homestay menjadi pilihan ? 5 faktor yang anda harus tahu.

1. Faktor keselamatan.
Kebanyakkan bajet hotel atau motel, bangunan dari rumah kedai jenis dua tingkat atau lebih. Sudah tentu parkir kereta di tepi jalan. Jauh di bawah sana. Jadi keselamatan kereta anda tidak terjamin. Anda sanggup mengambil risiko?

2. Kos yang murah. Dengan serendah Rm 150 anda boleh mendapatkan 3 bilik. Jika sewa hotel sekali pun harga sebilik bujang pun sudah mencecah Rm 50 semalam. Jika bilangan ahli keluarga yang ramai (2 dewasa dan 5 anak) , menyewa sebuah bilik berdua dengan satu katil queen dan satu katil single pun sudah mencecah Rm 150. Bilik pun tidaklah besar sangat.
3.Kemudahan asas yang mencukupi. Kebanyakkan homestay menyediakan peralatan memasak, cerek elektrik, peti sejuk dan mesin basuh. Jika keluarga yang ada bayi, sangat convenience. Mungkin perlu buat bubur untuk bayi? Mungkin juga perlu menyimpan makanan atau minuman bayi dalam peti ais. Jika duduk lama, tidak perlu membawa stok pakaian banyak. Homestay menyediakan mesin basuh.

4. Waktu daftar masuk dan keluar yang fleksible. Jika anda perlu daftar lewat sedikit, anda hanya perlu "nego" sewaktu membuat tempahan. Majoriti pemilik homestay sangat memahami dan sporting.
5. Terasa duduk di rumah sendiri walaupun kita berada "home away". Rasa luas dan tidak sesak. Kadang-kadang menyewa hotel bajet, terutama ruang tengah langsung tiada tingkap. Rimas sangat. Bangun pagi memang akan cepat-cepat bersiap untuk daftar keluar.

Sekarang anda sudah tahu kan. Jangan bertangguh lagi, tempah sekarang juga.

BOOK NOW.