Saturday, February 25, 2017

Memperbarui Lesen Perniagaan Semudah ABC

   
Pergi ke mana-mana pejabat SSM. Paling mudah boleh ke UTC.
Isi borang tidak sampai 5 minit.

1. Nombor pendaftaran
2. Nama Perniagaan
3.Tempoh Pembaharuan
4. Tanda tangan

 Nota: jika terlewat renew, dikenakan denda.

Sebulan yang pertama Rm 20, setiap bulan berikutnya Rm 10.
Maklumat terkini, boleh bertanya di kaunter semasa proses renew. Maklumat ini di perolehi semasa renew lesen perniagaan pada 1 Feb 2017 yang lalu.
Admin hendak maklumkan kepada bakal pelanggan, kami adalah enterprise yang berdaftar!

Sekian.


Saturday, February 18, 2017

Mesin Basuh Terbakar: Tragedi! Malang Tidak Berbau

Pada minggu ini, seorang rakan setaman ( Kuantan Pahang) berkongsi satu tragedi. Mesin basuh rumah jiran beliau terbakar.

Apa punca ?

Ini text  beliau di group WhatsApp kami :

"Soft reminder utk semua..
Rumah jiran saya hampir terbakar semalam. Ini disebabkan mesin basuh yg tidak di off kan selepas digunakan .
Pcb mesin basuh biasanya dilapis dgn sejenis seal yg clear tu utk lindungi elektronik komponennya... lama2 seal tu akan cair sbb elektronik komponen tu generate haba...
Oleh itu sila tutup suis selepas digunakan."

[nota : tolong jangan didebatkan atau dikencamkan logik atau tidak puncanya, pihak admin hanya berkongs untuk peringatan semua terutama bakal pelanggan kami.Wallahualam.]


Malang tidak berbau kan?

Bulan lepas pun seorang rakan sekerja berkongsi info yang sama. Tragedi berlaku di rumah jiran beliau.
Sebelum itu pun pernah berlaku kepada keluarga rakan sepejabat.

Pendek kata, kalau sudah nak berlaku kemalangan, memang tidak dapat dielakkan.

Boleh elak jika  kita  sentiasa berwaspada dan berhati-hati.

Untuk pelanggan-pelaggan kami, mohon jasa baik anda sekalian untuk menggunakan peralatan elektrik di homestay secara berhemah.

"SILA MATIKAN SUIS SELEPAS DIGUNAKAN"


homestaymuslimkulaijaya.blogspot.com


Lagi satu, bila guna mesin basuh jangan "OVER LOAD". Kisar banyak kali pun tiada masalah, asalkan selamat.

Jika mesin beroperasi dengan lebih muatan, mesin basuh akan menggunakan lebih "KUASA" untuk menggerakkan motor. Jika ini berlaku, perlepasan haba pun turut juga meningkat. Kemungkinan tragedi seperti foto akan berlaku.


homestaymuslimkulaijaya.blogspot.com


Sekian. Salam hormat untuk semua.



p/s : punca sebenar "Mesin Basuh Terbakar seperti dalam foto" tidak di ketahui atau di kenal pasti. Apa yang pasti, kita kena beringat sebelum terkena.








Wednesday, February 1, 2017

Kung Fu Yoga-Jacky Chan New Movie 2017

Anda peminat Jacky Chan?

Jangan lepaskan peluang filem terbaru beliau ' Kung Fu Yoga'.

Jacky Chan adalah seorang pelakon yang tersohor. Tidak dinafikan Admin juga salah seorang peminat beliau.

Aksi-aksi lakonan beliau yang bersahaja dan  melucukan menjadikan filem-filem beliau 'Box Office'.

Masihkan anda ingat filem-filem beliau seperti Police Story, CK12, Rush Hours, Armour of the god, A story dan banyak lagi filem hebat beliau.

Kung Fu Yoga mengisahkan pengembaraan pencarian harta karun yang hilang 'Magadha'. Mereka iaitu Profesor Jack dan bergading dengan profesor dari India ,Ashmita dan Kyra. Pengembaraan mereka bermula di Tibet. Seterusnya ke Dubai dan India.

Pencarian mereka menjadi lebih mencabar dengan campur tangan sekutu mereka iaitu Randall. Anda boleh menonton filem ini di pawagam yang berhampiran anda.

Jika anda berada di Kulai, TGV Aeon Kulai ada menayangkan filem Kung Fu Yoga ini.





Kredit Foto : cinema.com.my

JDT layak ke pusingan kelayakan akhir Liga ACL

Pasukan Bolasepak JDT ( Joh Darul Takzim) mara ke pusingan akhir kelayakan Liga ACL  ( Liga Juara Juara Asia) setelah berjaya menumpaskan  Kelab Thailand, Bangkok United dengan agregat 5-4.


Kemenangan tipis hasil daripada tendangan penalti setelah kediu-dua pasukan terikat 1-1 selepas 30 minit masa tambahan. 

Jaringan pembuka tirai oleh Kaptan  Pasukan Shafiq Rahim  pada minit ke 108.

Pada minit-minit terakhir pemain gantian Kelab Thailand Jaycee John Okwunwanne menjaringkan gol penyamaan.


JDT akan bertandang ke Osaka Jepun untuk menentang pasukan Kelab di sana.


Kami warga Homestay Atiqah Kulai menggucapkan sekalung tahniah kepada pasukan JDT.


"Luaskan Kuasa mu Johor"